Monday, December 8, 2014

Ibu Bapa


Assalamualaikum wbt

Mak / Ibu / Mama / Mummy / Bonda 
Ayah / Bapak / Daddy / Abah
Gelaran yang berbeza beza tetapi tetap mereka orang  yang cukup berjasa pada kita.
Alhamdulillah atas kurniaan ibu dan juga ayah saya, kamu semua.
Tanpa mereka, siapalah kita bukan?

Bukan apa, hanya ingin menegur apa yang saya telah dapat daripada ayah saya sendiri,
Saya bertanyakan kepada ayah saya "Ayah, betul ke haram bagi ibu bapa membandingkan anak anak mereka dengan orang lain kerana setiap anak mempunyai fitrah masing masing?" seperti yang dinyatakan di twitter yang telah disebarkan . Ayat itu diambil dari seorang Pencetus Ummah. Tetapi ketika itu saya terlepas episod tersebut lalu saya bertanyakan kepada ayah saya.

Kan ada kat twitter yang ada cakap macam ni, 

Janganlah kita memahami ayat itu sebulat bulatnya . Ada maksud tersirat sebenarnya. Bukannya semua haram ye. Kita kena tengok niat ibu bapa kita , sebab apa dia compare kita? sebab apa? kalau ia untuk ke arah kebaikan, maka tidak haram. kalau ke arah keburukan, tu yang haram. So janganlah kita bila mak atau ayah kita cakap "your name, pergilah study tak nak berjaya macam anak jiran sebelah tu ke?" kita balas "haram la bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain" tu dah salah dah tu . tak pasal dapat dosa kan? Janganlah kita menderhaka terhadap kedua dua ibu bapa kita sebab mereka telah banyak berjasa dengan kita. 

Ingat, ibu bapa ni mulia sangat & mereka selalu nak yang terbaik untuk anak anak :)

Buatlah kebaikan terhadap kedua ibu bapa kita semampu yang boleh sebelum Allah amik mereka buat selamanya. Lambat laun mereka akan pergi jugak, jangan pulak mereka pergi dalam keadaan kita tengah derhaka dengan mereka. Ingat, syurga bawah tapak kaki ibu. Apa yang ibu bapa kita suruh buat demi kebaikan kita, kita buat . Jangan mengeluh. 

Saya ingin nasihat ini kepada diri saya sendiri juga.
Terima kasih .
Assalamualaikum wbt


Sunday, December 7, 2014

Allah rindu


Assalamualaikum wbt.



Hidup.
Apa itu hidup tanpa kesenangan mahupun kesusahan?
Dalam hidup mesti dua dua tu wajib ada
Tak semua orang dapat kesenangan tu melalui wang.
Ada yang dapat dari segi kesihatan.
Alhamdulillah, syukur.
Memang kesenangan tu semua orang nak.
Semua orang suka.
Tapi, kesusahan?
Kalau boleh semua nak tolak dia jauh jauh sebab taknak rasa beban.
Tapi,
Kesusahan tu la yang bagi kita jadi kuat.
Kesusahan tu yang bagi iman kita jadi kuat


mama dengan daddy pernah pesan dekat saya ;

"jangan merungut kalau ditimpa kesusahan/musibah/masalah sebab Allah dah berjanji yang Allah takkan menguji seorang hambaNya lebih daripada kemampuannya,"

pastu diaorang ada pesan jugak janganlah kita cakap "matila aku,mampus la aku macam ni" sebab dah terang terang musibah yang kita alami tu kita akan tempuhi jugak dalam apa jua cara. Allah bagi kita ujian sebab Allah sayang kita kan ?

bila kita ditimpa ujian,
Allah sebenarnya rindu kita tu,
Allah nak kita sebut sebut namaNYA .
Ye lah, kita manusia biasa sering lupa padaNya padahal Allah selalu ingat kita dan tunggu kita untuk bersujud padaNya walaupun kita ni lalai selalu tinggal Allah di belakang. Allah tak pernah lupa hambaNya yang berjuta juta tetapi kenapa kita ni selalu lupa pada Allah yang satu?

Jadi, bersyukurlah kalau kita ni ditimpa ujian sebab tu tanda Allah sayang kita and rindu kita okay? :)